Selamat Bertunang Taufik Rizal ♥ Syimma Aini


wokey, haini rajin skit nak update belog. maka, marilah abadikan moment adik aku yang bertunang minggu lepas (18 Feb. 2017) dengan gadis pilihannya dari Taman Melawati KL. 

Majlis ni teramat simple, sesimple-simplenya.. tu dia, 3 kali simple! ngeeee~

Asalnya adik aku n tunang taknak tunang² ni, nak terus kawin bulan September ni.. tapi parents belah perempuan nak buat kenduri serentak kakak + adik. so, taon depan lah depa leh kawin. so, ikatlah dulu setahun.

mak ayah aku tak dapat datang due to kesihatan yang tak mengizinkan... so, kak ipaq aka kaklong aku yang sarungkan cincin tunang~


Taufik & Syimma... eceli tunang adik aku ni student lagi. tapi last sem dah. adik aku pon baru setahun kerja lepas abis blajaq.


memandangkan mak ayah aku tak dapat datang, so aku mintak tolong pakcik-makcik husband wakilkan family aku.. memang takde sape pon masa majlis tu. majlis tertutup. keluarga sahaja.


cik hola nak dapat maknjang bawu`


wakil belah aku. ni je yang available.. huhu~

p/s : aku anak ke-2 dari 8 beradik.. lepas ni mengira adik ipaq je la. ngeee~



Biskut Viral ~ Gery Saluut Malkist




Akhirrnya.... dapat jugak makan biskut viral ni... my abang & family pegi bercuti kat Jakarta, so ku kirim biskut ni kat dorang. ngeeee~

slalu tengok kawan² dok update kat facebook makan biskut ni. dalam hati dok tertanya sedap sangat ker? sebab tengok gambo macam biskut 4 segi tu je kan? nak jugak rasa...

 Biskut Gery ni biskut paling popular kat Sabah dan Sarawak dan skang tengah viral kat Semenanjung Malaysia. biskut ni ada 2 jenis - salut coklat dan keju. harga biasa 1 Pek: RM4.50. ada yang jual lagi murah, ada yang lagi mahaii!! pepandai la carik. huhu.

review biskut?
bagi aku, rasa dia biasa je kot! takde wow pon. sekali rasa cukup lah. takde nak makan lagi. 
ok bye. :p





Kemaruk BONDS la pulak #bondslover


Last update belog sebulan yang lepas... hohoho.. sabau je laa... ingatkan bila ada baby baru, rajin la sikit update progress cik Haura, tapi hampeh je mak die ni... pemalas betui nak update skang ni. heh!

Haura pon dah masuk umur 6 bulan, Februari ni... dah start makan. membesar dengan jayanya skang ni... ngeeee~

tapi haini mak nak share hobi baru mak! mak dah addicted ngan brand BONDS nih. comelss sangat baju² dia.. mcm lawa je bila cik haura pakai. kain selesa, corak pon meletops! 

Bila dah terjebak kat group FB Bonds, mula la mata mak ni merambang. adesss. terbang duit. sabau je laa... tapi tak pe, sebab baju bonds ni laku je kalau preloved. ngeeee~

sale! tapi last week sale up to 40%. memang merambang habisss!


corak pisang ni sangat la comel! blom pakai lagi sebab mak blom basuh. heh.


Tutu dress baru je rasmi sabtu lepas masa majlis adik aku tunang. comelss sangat tutu n haura. ngeee~


kiwi


dondon-dondon ngan kangah~


starry night lilac

ada lagi 3 helai dok tunggu. ETA minggu ni, tak sabarrrr :p


Hadiah Besday ~ Handbag Baru




Alhamdulillah... tercapai hasrat nak pakai henbeg fossil. Asyik coach and longchamp je kan, kali ni kita tukar selera pulak... beli authentic henbeg ni best yuolls. sebab bila dah jemu boleh jual balik. takde la berkulat belakang pintu je kan? beg coach aku yang dua bijik tu dah ada buyer. hehe.

asalnya nak beg lain, tapi design tu takde stok. fossil nak discontinue dah design tu... so, amik la yang ini.. beli ngan adik ipar aku. dia memang jual authentic handbag. beg ini pon dia topup duit sikit sebagai hadiah besday... ngeee~ sape nak cuci mata tengok henbeg boleh bukak ig : marqizecollection

dah. itu je nak update di pagi senin yang gloomy.

hepy working.





Celebrate Besday dengan Burung di KL Bird Park


wokey.. haini sis tetiba rasa terajin nak update belog! ngeeee~ 

jom baca kisah bulan 11 taon lepas. masa besday hadif & hessa. tarikh lahir both dekat² jerk 6 & 9 November. so, sekali harung la kita celebratenye... saje bawak anak² pegi tengok burung kat KL Bird Park. dulu penah bawak hadif pegi, tahun 2011. lama dah 6 taon lepas. hadif pon kecik lagi. hahaha... boleh baca entry tu kat link bawah.


my triple H


sebelum pegi tengok burung, depa dua ni claim hadiah dulu ngan ayah... tak yah susah², pegi je kedai mainan ayah kat Suria Mall (Dorsett Putrajaya). amik la toys mana korang nak! hahaha... nasib la depa amik hat murah² saja. ngeeee~


masa ni kedai pon tak set up lagi.. baru nak susun barang~


pada yang duduk luar Putrajaya, ni la Mall baru kat sini. Suria Mall namanya, satu bangunan dengan Dorsett Hotel. tapi banyak kedai tak bukak lagi. 


masa kami pegi ni ada promo.. beli 2 tiket dewasa free kanak². so jimat la skit.


berjanggut tunggu peacock² kembang. sampai nak balik sekor pon tak mau mengembang... huhuhu~ tak dak rezeki nak snap gambaq.


baby yang sangat la baik.. 


bird show~

satu taman tu kami pusing sampai kaki pon sakit². ye la bertahun tak exercise. blom berkesempatan huhu.. nak start exercise je ngandung. ahakss :p


33!




Alhamdulillah... hari ni dah 33 tahun! oooeemmjii! terasa sangat dah tua! lagi 7 taun nak 40! 

Bila dah meningkat usia ni, cuma mohon pada Allah agar diberikan kesihatan, kesabaran dan kekuatan untuk besarkan anak². Menjadi orang yang berguna utk. keluarga, bangsa dan agama serta insan yang bermanfaat untuk orang lain.

Menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur. Amin.









9 years of LOVE




23 Disember 2016 ~ 
dah 9 tahun.
3 anak. Hadif  Hessa 💋 Haura
Alhamdulillah... 

Hepy Aniversary to Us 














❤️

Jalan² Cameron Highlands | BOH Tea Centre Sungei Palas | Cameron Lavender Garden


2nd day di CH~ 

tak abis lagi cite pasal CH ni. sis cuba yer nak merajinkan diri nak hapdet belog cam dedulu. :p

Kali ketiga naik CH, baru lah ada chance nak jejak Boh Tea Centre Sungei Palas ni... 1st time pegi CH tak tau lagi pasal tea centre ni.. tak pandai guna kuasa google lagi time tu. mihmih ~ kali kedua naik CH, kami pegi hari Isnin kot, memang la TUTUP! adoyaii.... memang tak buat research betui! main terjah jew. so, bergambo kat pokok teh je lah masa tu! tak dapat nak makan-minum kat kafe ombak rindu tu~

gambo 4 taon lepas babe! Hessa pon tak de lagi masa ni. huhu~

tapi kali ke-tiga ni, omak dah pandai! hahaha... dah  buat research semua.... dan taadaaaaa.......

sampai jugak akhirnya~ gambar wajib kot kat sini!


mak anak tiga~


 akhirnya... tercapai gak cita² sis nak bergambo berbackgroundkan kafe ombak rindu :p


 hadif nak sangat masuk kilang teh ni... so, masuk la kejab tengok depa tunjuk cara proses teh...


dah puas selfie bagai, moh la turun.. kemain tangga bertingkek tingkek... masa naik kami ikut jalan bertar tu, so takde la rasa penat nak mendaki camni~


tak puass!! nanti ada rezeki nak mai lagi~


wokey, next destination kami pegi  Cameron Lavender Garden yang terletak di Tringkap. Last aku pegi dulu takde lagi LG ni~


Tiket masuk RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.


Tarikan utama kat sini, ofkos ler bunga Lavender. 


hai kangah!


kata sejuk kan? :p


kat sini banyak port bergambo... 







kepada pencinta bunga mesti excited mai sini... 

Nexttt.... singgah butterfly Garden pulak.. dulu dah penah mai skali. ni hadif nak pegi jugak², so masuk jugak ler... 

kangah lagi!


susah nau skang nak snap gambo anak bujang ibu. asyik nak buat memek muka jer. geramm! so, mak tepek gambo abam 4 taon lepas kat taman yang sama. ahaks..

Taman Rama-Rama ni dah besar la. dulu ada rama² and haiwan² yang kecik² jer. skang dah ada taman bunga skali. ada rabbit park. etc.


si haura dah start tak senang duduk masa kat sini.. ngantok pon yer, nak menyusu pon ye jugak! jenuh mak carik port! huhuuhu~


lepas tu, singgah KHM Strawberry Farm Taman Sedia lagi skali. nak repeat eskem stoberi sedap punya pasai!


Malam tu dinner di Cafe Lorong kat Kea Farm... kafe hipster di CH. ciken cop penuh ngan sayur! so sedap! meletopss menu² kat situ.. wajib try hokey!


hari ke-3, ready to check out! sebelum balik, singgah pasar Kea Farm beli sayur bagai, then terus balik KL. 


tapi sebelum balik umah, sempat singgah Ikea Cheras. ahaks.


p/s : cuti sekolah ni takde plan pegi bercuti pon... ayah bizi bisness, hadif pegi kem Al Quran 3 minggu, so kita balik kampung je la ujung bulan nanti~